ponderance

a place to let go...

Name:
Location: Singapore

Tuesday, December 23, 2008

mama ikut?

Hari Ahad lalu aku bersama anak2 sedang duduk di meja dapur sambil bersarapan. suamiku sudah pun bertolak ke kerja (Inilah hidup orang bekerja "shift')

Nabilah sedang sibuk mengunyah ayam cutlet KFC dan mengeluarkan sisa2 ayam yang sudah dikunyah tapi tidak tertelan.

Ilyas pula sedang menjamu hash brown KFC. Kemudian dia berkata:

"Mama, abah go work?"

"Ha ah, abah go work."

"Abah work kat airport, aeroplane?"

"Ha ah. Ilyas nak kerja kat aeroplane tak bila Ilyas besar nanti?"

Mukanya menatap wajahku, penuh minat.

"Ilyas nak jadi pilot tak? Boleh fly aeroplane" sambungku lagi.

"Nak! Mama ikut?"

Geli hatiku!

"Ilyas dah besar nanti... Mama tak payah ikut!"

...


Kebetulan hari itu ada majlis perkahwinan di bawah blok aku. Sewaktu lagu didendangkan buat memeriahkan majlis, Ilyas bertanya, "apa tu mama?"

"Orang kahwinlah. Dulu mama dengan abah kahwin pun macam tu juga.

Nanti Ilyas dah besar pun Ilyas kahwin juga."

Dia diam sejenak mengamati kata2ku.

"Mama ikut?"

Hai.. aku tak tahan lagi. Tercetus tawaku berdekah dekah!

Xmas Tree

Minggu lepas aku dikejutkan bila anakku Ilyas tiba-tiba bersuara berikut:

“Mama, Ilyas nak Xmas tree.”

Aku terangkan padanya kita orang Islam. Tak sambut Xmas. “Jadi tak boleh ada Xmas tree.”

“Boleh” jawabnya.

“Tak boleh,”

“Boleh” katanya beria-ria.

“Mama, Xmas lama lagi eh?”

Aku cakap lagi, kita bukan orang kristian. Tapi aku rasa, mungkin dia belum faham lagi konsep agama.

Aku ceritakan kepada suamiku. Dia cuba terangkan konsep kepercayaan dan ibadat kepada si kecil teruna itu. Aku lihat anakku itu tak faham sangat. Diajak si kecil tu sama-sama sembahyang. Sementara si Abah sedang bersolat, si kecil sibuk menyapu lotion Baby Johnson ke atas cadar yang baru ditukar pagi itu.

Aku buntu. Nak salahkan siapa? Ialah di mana2 pusat membeli belah pada waktu ini sibuk dengan hiasan pokok Xmas, lagu2 Xmas dan hadiah2 menarik di bawah pokok Xmas itu. Sudah tentu si kecil tertarik dan mahu mendapatkan hadiah2 Xmas itu.

Aku sudah juga membaca buku rujukan untuk mendidikkan diri dengan cara terbaik untuk mengasuh dan membesarkan anak2. Tapi belum pula sampai bab yang begini. Kalau ada yang pernah berpengalaman sama, tolong berkongsi ya!

Friday, December 19, 2008

Childcare

Suami dan diriku sudah mengambil keputusan untuk menghantar anak2 ke taman penjagaan kanak2 (childcare centre). Cherie Hearts di blok sebelah menjadi pilihan.

Sebab2 keputusan kami diambil:

1. Memang susah mengasuh anak2. Kesilapan yang dibuat oleh diri sendiri, sudah banyak. Tapi kalau empunya diri sama2 bekerja, terpaksalah mengambil upah orang mengasuh. Tapi pasti ada2 aje yang tidak disenangi dengan cara orang lain mengasuh anak2 kita. Yalah, jalan terbaik adalah kalau kita sendiri yang mendidik dan menjaga anak2 kita. Malangnya jalan itu tak dapat aku lalui.

2. Sewaktu kita kecil2 dahulu, tidaklah terkongkong seperti budak2 sekarang. Kadang2 aku kasihan juga melihat adik2 lelaki aku yang membesar terkongkong dirumah. Sewaktu aku baru belajar berjalan, sudah liar merayap keluar rumah bersama jiran2 dan sepupu2 ku yang ramai. Seronok sungguh bermain dengan kawan2. aku juga percaya, kebebasan bermain2 waktu kecil2 dulu banyak mencorak sikap dan karakterku kini.

Dan sebenarnya inilah sebab utama kami mengambil keputusan ini. Anak2 aku nampaknya pandai bergaul dan suka bermain dengan kanak2 lain. Aku pasti mereka akan gembira di tempat ramai budak2 lain.

Aku berdoa agar keputusan kami ini tepat dan mendatangkan kebaikan. InsyaAllah.

Nafas Baru

Sudah lama lelaman ini menyepi sendiri
Bernafas baru kini



Senyap diriku lebah kurang setahun setengah
sebenarnya aku ada lelaman baru di multiply
(Senang2 kunjungilah lelaman itu: sweetgrr.multiply.com)
Malangnya lelaman itu pun bukannya banyak sangat aktiviti

Alasanku: Tak ada masa!


Memang betul. Di pejabat aku sibuk dari pagi hinggalah aku akhirnya dapat pulang ke rumah
Teman teman menyapa di MSN pun tidak ku sedari, sehinggalah aku mematikan pc aku.

Di rumah pula, anak sudah dua. Faham2 ajelah.