ponderance

a place to let go...

Name:
Location: Singapore

Tuesday, December 23, 2008

Xmas Tree

Minggu lepas aku dikejutkan bila anakku Ilyas tiba-tiba bersuara berikut:

“Mama, Ilyas nak Xmas tree.”

Aku terangkan padanya kita orang Islam. Tak sambut Xmas. “Jadi tak boleh ada Xmas tree.”

“Boleh” jawabnya.

“Tak boleh,”

“Boleh” katanya beria-ria.

“Mama, Xmas lama lagi eh?”

Aku cakap lagi, kita bukan orang kristian. Tapi aku rasa, mungkin dia belum faham lagi konsep agama.

Aku ceritakan kepada suamiku. Dia cuba terangkan konsep kepercayaan dan ibadat kepada si kecil teruna itu. Aku lihat anakku itu tak faham sangat. Diajak si kecil tu sama-sama sembahyang. Sementara si Abah sedang bersolat, si kecil sibuk menyapu lotion Baby Johnson ke atas cadar yang baru ditukar pagi itu.

Aku buntu. Nak salahkan siapa? Ialah di mana2 pusat membeli belah pada waktu ini sibuk dengan hiasan pokok Xmas, lagu2 Xmas dan hadiah2 menarik di bawah pokok Xmas itu. Sudah tentu si kecil tertarik dan mahu mendapatkan hadiah2 Xmas itu.

Aku sudah juga membaca buku rujukan untuk mendidikkan diri dengan cara terbaik untuk mengasuh dan membesarkan anak2. Tapi belum pula sampai bab yang begini. Kalau ada yang pernah berpengalaman sama, tolong berkongsi ya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home